+Follow | Dashboard


Myra Ceyra
Sumpah Aku Rindu !
Sunday, May 5 | 19:45 | 0 comments
Assalamualaikum wbt. ehh hehe. harini, pagi yang indah ni kita rajin sikit nak update blog. lagi lagi bila bn menang ni kann.. *haha takde kena mengena. harini sekadar ingin menceritakan yang aku sangat sangat merindui kawan kawan aku masa kat sekolah teknik dulu. susah nak cakap susah nak gambarkan hati aku. dulu masa aku kat sekolah teknik perd, bila cuti sekolah balik kampung/rumah, memang aku suka nak balik. tapi bila dah balik rumah, aku memang tak sabar nak balik asrama balik. sebab aku selalu rindu dekat kawan kawan aku semua ni.

dulu masa kat teknik perd waktu aku form 4, aku duduk dorm Mawar. Masa aku form 5 aku duduk dorm Bakawali. ingat lagi masa mula mula masuk asrama, aku menangis nak balik rumah. aku cakap kat ibu aku menyesal masuk asrama. tapi bila dah lama lama duduk, sumpah rasa seronok sangat. rasa seronok bila dapat bergaul dengan kawan kawan. berbual bual. lagi lagi waktu malam. paling best bila hari jumaat sabtu ahad. mesti main je dalam dorm. dulu ingat lagi, ada duty dorm tiap hari jumaat, ada check dorm tiap hari sabtu, pastu ada duty blok tiap hari ahad. paling aku suka tiga hari ni.

suka sangat duduk asrama sebab aku seronok bila ada ramai kawan. aku sayang sangat sangat kawan aku masa kat sekolah teknik dulu. kalaulah diorang ada sekarang ni kan seronok. tak kira kawan masa kat dorm Mawar, dengan kat dorm Bakawali. kalau lah masa boleh diputar balik, aku rasa nak sangat menghabiskan masa masa aku dengan korang korang ni. aku tak lupa gelak ketawa kita sama sama, sorang mengangis, semua mengangis, sorang nyanyi dalam toilet, semua menyanyi, sumpah aku tak lupa tu semua. aku teringin nak balik semula kat asrama sebab rindu sangat kat korang semua. tapi tak tahu korang rindu kat aku ke takk. hahaa..

rindu sangat nak makan sesama, rindu nak nyanyi sesama, rindu nak makan dalam gelap waktu malam sesama, rindu nak jerit dalam dorm sampai kena marah ngan warden sesama, rindu nak teman kengkawan pergi berdating, rindu nak teman pergi public phone bergayut semua, rindu bila bulan puasa nak makan sesama, rindu nak menangis sesama, rindu nak buat hal sesama, rindu basuh baju sesama, rindu nak tengok video bl** sesama.. #ehh hehee.  sumpah aku rindu ! sumpah aku rindu semua tu ! kalau lah korang selalu ada dengan aku, hidp aku mesti selalu happy. tak pernah rasa sedih. hmm. ehh memang semua orang lah aku rindu semuanya. semua orang :'(

rindu kawan kawan yang masa kat dorm mawar dulu. tyra, ieya, nif dengan nazrah :')

itu hawa ngan een dorm bakawali sama ngan kita.. mega ngan emy jiran bilik kita. diorang pun baik

setiap hari sabtu check dorm pulak. spotcheck semua 

sayang dan rindu kat uolls semua orang orang bakawali

kawan yang agak rapat. dia yang aku kenal masa mula mula baru masuk sekolah ni dulu. ramizah

jadi pengawas pun sama sama. buat hal pun sama sama hahaa *waktu nenakal dulu

waktu jamuan blok. gambar ni diambil oleh arwah azim.

kawan kawan sebelah katil amey ngan ieya masa dorm mawar dulu

rindu gila budak ni semua kepala gila gila

mai mummy yang sentiasa memahami. selalu bagi nasihat selalu sabar dengan perangai ank buah dia yang mengada ni

bila lagi kita dapat macam ni sayang :(

ceyra sayang eyla sangat. dia nampak agak kasar tapi baik hati sangat sebenarnya.

bila perjumpaan blok. aku rindu time yang macam ni

nak pergi joging. selalu curi tulang sebab i tak suka bersukan. hawa, dila ngan een

duty blok. seronok sangat

serious poyo gila kan aku masa sekolah dulu? haha. dulu memang aku gemuk. hee. aku rindu sangat semua ni. kalau lah boleh balik semula waktu macam ni mesti seronok. aku nak sangat happy selalu je macam ni. kan best kalau sampai sekarang diorang semua ada kat sisi. hmmm. suka sangat. aku rindu sangat time ni. sumpah aku rindu. gambar gambar ni semua aku terjumpa balik dan sebab tu lah aku terfikir nak update plus aku rindu sangat sangat kat diorang ni semua. aku rindu. sumpah aku rindu :'(  okayy laa tu saje.. byebyebyee :')


Older Post | Newer Post

Navigate Here

About Credits Wishlist Entries

Sweet Memory


Followers

Lets Shout
Cbox


Facebook


Myra Ceyra



Twitter