+Follow | Dashboard


Myra Ceyra
Aku Tak Sempurna
Friday, February 1 | 21:50 | 0 comments
aku bukanlah seorang yang baik..
dan aku pun mungkin tidak mampu menjadi yang terbaik..
aku mencuba untuk jadi yang terbaik..
tapi ternyata aku tidak layak untuk menjadi yang terbaik..

setiap saat, setiap detik aku cuba berubah..
aku cuba mengawal segala kelakuan buruk aku..
aku cuba mengawal perasaan marah aku,
kadangkala aku berkelakuan seperti aku rasakan itu bukan diriku sebenar..
segalanya aku buat semata mata untuk menjaga hati kau..

aku tahu aku tak seperti orang lain..
seperti seorang gadis yang kau inginkan..
seorang gadis yang baik dan tahu menjaga hati kau..
yang cantik dan sejuk mata memandang..
aku tidak seperti orang yang kau pernah kenal pada masa silam kau..
itu bukan aku, aku tak sesempurna itu..
aku minta maaf atas segala kekurangan ini..

aku adalah insan biasa yang banyak cacat celanya..
aku tahu aku tidak pandai menjaga hati kau seperti mana yang kau inginkan..
aku tidak tahu menghargai kau..
tapi..
percayalah..
apa yang kau sangkakan,
apa yang kau lihat..
bukan seperti niat aku dalam hati ini..

aku tak tahu untuk tunjukkan bagaimana aku hargai kau..
aku tak tahu nak tunjuk bagaimana aku sayangkan kau..
aku tak tahu bagaimana nak tunjuk yang aku dah cuba buat yang terbaik untuk kau..
segalanya aku tak pandai nak ungkapkan, nak menulis atau nak tunjukkan pada kau..
tapi kalaulah kau tahu dalam hati aku..

andainya kau benar benar kecewa denganku, sikapku,
aku minta maaf..
aku minta maaf kerana aku memang tak mampu jadi seperti yang kau harapkan..

aku cukup bahagia hidup denganmu..
tidak pernah aku rasa mengeluh dan menyesal denganmu..
kalaulah aku pernah berkata kata seperti itu..
niat ku sama sekali tidak pernah begitu..

aku bersyukur dipertemukan dengan kau..
aku berharap kau adalah yang terakhir..
tapi jika engkau sendiri yang merasakan hidup denganku itu tidak bahagia..
aku redha jika engkau pergi dariku..
kerana aku tahu aku tak sempurna..
aku telah cuba buat segala galanya yang terbaik untukmu..
aku minta maaf jika apa yang terbaik itu masih belum cukup baik..

terima kasih atas segalanya yang kau telah berikan padaku..
terima kasih untuk segala galanya..
sayangku terhadapmu tak pernah pudar..
kerana aku sentiasa memberikan peluang kepadamu..

aku bukanlah tidak ingin berubah..
tapi aku juga adalah manusia biasa..
aku adalah seorang perempuan yang mempunyai perasaan..
aku bukanlah malaikat..

im so sorry because i cant and never be a perfect girl :/


Older Post | Newer Post

Navigate Here

About Credits Wishlist Entries

Sweet Memory


Followers

Lets Shout
Cbox


Facebook


Myra Ceyra



Twitter